Web ini diciptakan adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang sastera iaitu berkaitan dengan pantun, sajak, cerpen dan artikel-artikel sastera. Hal ini demikian kerana, perkongsian ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pembaca agar dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang apa yang dikatakan sastera.
Justeru itu, ramai di luar sana masih tertanya-tanya hala tuju sastera pada masa hadapan akan terus berkembang atau sebaliknya. Oleh hal yang demikian, penciptaan laman web ini juga adalah untuk memartabatkan bidang Kesusasteraan Melayu kerana diketahui bahawa bidang ini agak jauh ketinggalan dari bidang-bidang lain.
Selain itu, untuk pengetahuan umum juga, sastera merupakan satu kepuitisan atau keindahan yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, penggunaan ayat-ayat dalam sajak contohnya dapat menimbulkan suatu keindahan kepada pembaca.
Secara keseluruhannya, laman ini diciptakan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan iaitu daripada yang tidak tahu kepada yang lebih tahu.