Apa yang dikatakan cerpen?
Cerpen merupakan singkatan kepada cerita pendek. Penulisan cerpen muncul sebagai salah satu bentuk ekspresi dan mempunyai kehalusan dari segi makna yang ditunjangi aliran budi dan jiwa kebudayaannya. Sehubungan dengan itu, kebudayaan karyawan itu sendiri dikatakan menjadi konteks yang melahirkan segala rasa dan makna yang diserlahkan menerusi karyanya.
Seperti yang sedia maklum, cerpen telah diberikan definisi yang terperinci oleh para sarjana melalui pendapat masing-masing. Antara sarjana yang telah memberikan definisi terhadap cerpen ialah Othman Puteh, Arenawati.
Othman Puteh ( 1993: 11 ) mendefinisikan cerpen sebagai sebuah naratif yang pendek berbanding novel. Ia biasanya mengandungi tidak kurang 500 patah perkataan dan tidak melebihi daripada 20 000 patah perkataan. Namun begitu, kependekannya masih tidak jelas ukurannya dan masih tidak tetap jumlah perkataannya. Cerpen merupakan suatu karya pendek, namun begitu, wataknya disesuaikan dengan tema, plot dan latarnya yang terhad.
Menurut Arenawati ( 1995: 112 ) pula menyatakan cerpen ialah cerita pendek yang menentukan dirinya sendiri atau orang yang meneliti cerpen itu yang memberinya batas lingkungan untuk dunia cerita pendek. Kalau cerita pendek membentuk dirinya begitu dan persoalan genesis yang tumbuh secara wajar. Para pengarang tanpa sedarnya menubuhkan asas itu, lalu para peneliti sastera kemudiannya menemukan ciri dalam tubuh cerita pendek dan daripada penemuan ini mereka menggariskan suatu komponen norma sebagai suatu pensyaratan identiti cerita pendek. Oleh hal yang demikian, secara mutlak para pengkaji sastera yang berperanan inovatif daripada semua kanun dalam dunia cerita pendek.
Pelamin Embun
Pelamin Embun merupakan kumpulan cerpen yang telah dihasilkan oada tahun 2009 oleh seorang wanita yang bekerjaya dalam kejururawatan iaitu Aminah Mokhtar. Tambahan lagi, terdapat 21 buah cerpen yang telah dihimpunkan dalam karya yang telah dihasilkan oleh Aminah Mokhtar untuk pembaca. Antara cerpen yang telah dihasilkan ialah:
Aku Ingin menjadi rabiah
Ketika pandanganku berderai ke laman Masjidilharam, ada jenazah diusung keluar. Sekawan merpati masih berebut-rebut memagut biji-biji jagung yang ditaburkan Badui penjual. Ratusan jemaah datang dan pergi, tidak berhenti. Ah, laman putih berkilau itu, aku ingin melihatnya tidak punya pengunjung, tidak berpenghuni.
Seperti hatiku yang tiba-tiba menjadi kosong.
Lama benar tempat rahsia itu tidak berpenghuni. Telah kutolak segala yang datang membawa fitrah manusia, atas nama lelaki. Entah mengapa, aku begitu teringin menyediakan sebuah kamar untuk Rabiah, tapi pintu jiwaku sering diketuk tangan Zulaikha. Tuhan yang Maha Kuasa, pinjamkanlah aku sezarah cinta yang Kauberikan pada Rabiah.
Seketika, angin Makkah berhembus. Wajah bonda datang mengelus. Aku mahu menjadi perempuan warisanmu bonda, yang ketika pandanganku berderai ke laman Masjidiharam, ada jenazah diusung keluar. Sekawan merpati masih berebut-rebut memagut biji-biji jagung yang ditaburkan punya hati paling kukuh, yang bahagia dalam derita yang tidak tertanggung dalam kemelut rumah, di permasalahan suami yang ingin menjadi abid dan lupakan dunia, sedang anak-anak ternganga-nganga meminta nyawa. Kau lebih dari Siti Hajar yang berulang alik dari Safa dan Marwah, yang punya telaga air mata yang menjadi tempat anak-anakmu menghirup duka.
Bonda, malangnya anak warisanmu ini hanya seekor kedidi yang punya hati sebesar biji sawi.
Entahlah bonda, aku tiba-tiba merasakan tidak mahu mewarisi penderitaan yang kautanggung selama ini. Benar katamu, itu sudah suratanmu, tapi kalaulah suratanku juga semalangmu, bukankah lebih baik aku menolak segalanya daripada bermula. Maafkan aku kerana tidak memberikanmu seorang menantu. Maafkanlah bonda.
( Halaman 33-34 )

Telah datang salahuddin
Syukur, dalam terlari-lari tadi, sempat saya bawa masuk berpuluh-puluh anak kecil ke masjid. Tidak mustahil, mereka bakal pemimpin pembela tinggalan moyang. Masjid al-Aqsa, Israk Mikraj, bukan hak bani kutukan Allah itu.
Waraqah bin Naufal; bukankah sudah dikhabarkan kepada mereka ajaran kitab Taurat? Mereka pengkhianat, mereka pengubah hukum-hukum Allah.
Siti Maryam binti Imran; mereka cintakan puteramu Nabi Allah Isa, tapi khianati ajaran Injil. Mereka menjahanamkan anutan sendiri sebagaimana disebut dalam surah al-Imran ayat 49 hingga 52 dan surah al-Ma'idah ayat 110 hingga 115 perihal puteramu Nabi Allah Isa dengan kaum Israel yang ingkar dan terkutuk itu.
Akankah kamu lari Siti Sara, apabila dinding masjid tua ini bergegar? Tempik, jerkah tentera itu menjadi guruh. Serigala-serigala rakus menerkam, membaham dan menyiat kulit dan mengunyah daging-daging dan tulang-tulang kami.
Akankah kamu lari Siti Sara? Mata pedih Khaleeda Nur memandang saya tenang, tapi terluka.
Hati saya menjerit. Salahuddin al-Ayyubi, dengan apa dapat kami halau rakusan pemangsa yang kauhalau dulu?
Jika; bertafakurlah, bertafakurlah sampai jadi hujan.
Hujan; basuhkanlah, basuhkanlah bumi ini yang disirami darah saudara kami. Basuhlah.
Jiwa; berjuanglah, berjuanglah sampai jadi gunung.
Gunung; bentengkanlah, bentengkanlah masjid suci Masjid al-Aqsa, bentengkanlah makam para nabi, makam para aulia, makam para solihin dan makam para syuhada di bumi amanah ini. Bentengkanlah.
Lari tidak pernah selesaikan persoalan, Siti Sara, kata-kata Khaleeda Nur semakin pedih. Kerana persoalan itu tidak pernah berhenti bergerak. Kalau kita lari, dia mengejar kita. Kalau kita diam dia bergolek -golek di hadapan kita, menghalang perjalanan. Tidak ada cara terbaik selain daripada kita leraikan persoalan itu satu per satu dan letakkan di tepi jalan. Langkah perlu kita teruskan. Tetapi bagaimana? Suara Khaleeda Nur hampir tidak kedengaran.
Saya memandang ke bumi. Seluruh pandangan saya terlihat darah.
Asar.
"Dia tak pulang-pulang ." Darah hitam merah terhambur dari mulut Pak Cik Abu Hurairah yang tidak meneruskan kata-kata. Mata pilunya menusuk ke jantung saya. Saya tahan sedu agar tidak menjadi tangis. Perlahan-lahan saya pangku kepalanya, balut dengan pembalut kapas antiseptik pada luka yang dalam di dahi hingga ke ubun-ubunnya. Serban di kepalanya yang lencun berdarah, saya tanggalkan.
( Halaman 48-49 )