Kategori dan fungsi sastera kepada masyarakat
Berkaitan dengan bentuk pantun, umumnya pantun terdiri daripada karangan berangkap yang mempunyai epmat baris serangkap. Setiap baris mengandungi 8 hingga 12 suku kata.
Pengkategorian pantun dapat dilihat berdasarkan kepada isinya. Dalam hal ini, kajian dan analisis terhadap pantun dapat dirujuk kepada isi yang diungkapkan. Sehubungan dengan itu, pengkategorian pantun berdasarkan isi itu akan menghasilkan pantun kanak-kanak, pantun berdagang, pantun agama, pantun budi dan pantun kenegaraan.
Dalam masyarakat Melayu, pantun mendapat kedudukan yang tinggi. Ketinggian ini dapat dilihat kepada fungsi yang dimainkan dalam pantun. Antara fungsi pantun ialah untuk hiburan dan jenaka..
Hal ini demikian kerana, sebagai contohnya melalui pantun yang diselitkan dalam lagu-lagu dan cerita-cerita rakyat, seseorang itu dapat meluahkan perasaan dan akhirnya menimbulkan kesenangan kepada khalayak.
Selain itu, pantun juga berfungsi untuk menyindir pihak atau golongan tertentu berhubung dengan isu atau fenomena tertentu.
Oleh hal yang demikian, dengan adanya pantun sekurang-kurangnya perasaan tidak puas hati dapat dileraikan secara berhemah dan sesuai dengan konteks budaya.
Antara contoh pantun yang telah dihasilkan sejak zaman-berzaman yang perlu dipertahankan untuk tatapan generasi yang akan datang ialah:
Pantun Dua Kerat
Gendang gendut tali kecapi.
Kenyang perut suka hati.
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Pantun Empat Kerat
Pantun Adat
Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap,
Tersebarlah adat seluruh alam,
Adat pusaka berpedoman kitab.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Cantik kembang bunga melati,
Tumbuh sebatang di tepi kota,
Patah tumbuh hilang berganti,
Adat pusaka terpelihara juga.
Pantun Agama
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
Tidak boleh menetak jati,
Papan di Jawa di belah-belah,
Tidak boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
Pantun Budi
Tenang-tenang air laut,
Sampan mudik sampai ke hulu,
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik diingat selalu..
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya,
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya.
Pantun Enam Kerat
Apa gaduh di Kampung Pangeran,
Budak-budak digetip penyengat,
Sedang bermain buah guli,
Sekali jatuh jadi pengajaran,
Dua kali supaya beringat,
Jangan sampai ketiga kali.
Bukit ini Bukit Temenggung,
Banyak bergantungan sarang lebah,
Diambil, dihantar ke desa,
Sakit ini tidak tertanggung,
Janganlah lagi ditambah-tambah,
Kelak badanku rosak binasa.
Pantun Lapan Kerat
Sang kancil mari dikejar,
Ternampak pula si anak rusa,
Rusa liar dibiarkan saja,
Lari deras sampai ke paya,
Semasa kecil rajin belajar,
Semasa muda sayangkan masa,
Sudah dewasa rajin bekerja,
Itulah sikap menuju jaya.
Pantun Sepuluh Kerat
Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran rama-rama,
Hanya batang dipenuhi duri,
Terkena tangan sakit terasa,
Menangis dagang mengenang untung,
Badan jauh di rantau orang,
Beremak tidak berbapa tidak,
Rindu dendam tidak terperi,
Rasa nak terbang balik ke desa.