Sejarah Perkembangan Sajak di Malaysia
Sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid puisi Melayu tradisional. Dari segi bentuk, sajak bersifat bebas. Dalam hal ini, kebebasan bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk-bentuk yang sedia ada.
Secara umumnya, period atau zaman itu dapat dibahagikan kepada dua. Period yang pertama ialah period sebelum merdeka iaitu bermula dari tahun 1933 hingga 1956. Dalam period yang pertama ini menyentuh period sebelum Perang Dunia Kedua ( 1933-1941 ), Zaman Pemerintahan Jepun ( 1942-1945 ), Zaman Selepas Pemerintahan Jepun ( 1946-1949 ) sehingga tahun-tahun 1950-an. Period yang kedua pula ialah period selepas merdeka iaitu selepas tahun 1957.
Dari segi sejarahnya, Harun Amin al-Rashid yang menciptakan sajak "Oh Sarikoe" ( Poedjangga Baroe; 1933 ) dikesani sebagai bentuk sajak Melayu moden pertama ditulis oleh penulis Melayu. Melalui bentuk karya kreatif imaginatif seperti sajak ini penulis mengadun pemikiran, isu dan persoalan yang timbul dalam masyarakat secara kreatif dengan menggunakan medium bahasa sebagai wahana untuk dihayati dan direnung tafsir oleh khalayak pembaca.
Beberapa contoh sajak yang dapat dilihat dan dihayati di bawah ini. Antaranya ialah:
Jalan ke Masjid
Karya: Wan Muhammad Izzat Wan Nor Anas
Jalan ini kulalui lagi
aku menapak langkah
sabutan azan Isyak
Malam ini
rembulan penuh jauh di ufuk sana
bintang-bintang pula bagai menyaksikanku
aku kini ke masjid
tidak seperti malam-malam kelmarin
hanyut diarusi kelekaan
Jalan ini tidak secerah siang
lampu-lampu hanya terpacak di persimpangan
hatiku tetap bersuara
aku ingin ke masjid
aku rindu rahmat Ilahi
keindahan muncul di hati
Namun sayang
mungkin keinsafan itu akan hilang lagi
sama seperti dahulu
Mampukah Aku
Karya: Zaidi Deraman
i
Mampukah aku
berkaki ayam
tanpa sepatu
penahan
ii
Mampukah aku
berdecak sebelah
tanpa tongkat
sebelah lagi
iii
Mampukah aku
seperti mereka
yang telah lama
bersama citra kata
menggoncang dunia
Sekadar Al-Fatihah
Karya: Halimah Ramli
Sekadar Al-Fatihah
agar bisa
menungkil rasa
buat sahabat
Saat aku mengingatimu
wajah tenangmu mengisi minda
sememangnya aku maklum
suka duka kita
dalam perjalanan mencari cinta
Namun,
pernahkah ada rindu
jika perpisahan menunggu?
Sahabat
cinta Ilahi matlamat diri
payah benar perjuangan ini
sedang sahabat telah pergi
Resah aku dalam parah
sahabat pergi dalam sejarah
sekadar Al-Fatihah
sebagai hadiah
buatmu sahabat
Iltizam
Karya: Muhammad Nurfarhan Hamzah
Ketika kutelusuri
denai hari demi hari
dalam mencari makna diri
untuk hari depan yang gemilang
kugenggam iltizam
berkaca harapan
Telah kuinsafi
kalau aku terus menganyam mimipi
di ranjang siang yang sia-sia
sampai bila-bila pun
sukar bagi aku
meraih kejayaan
Kini, dengan iltizam
berkaca harapan ini
kupacakkan tiang yakin
di laman nurani
aku pasti akan mencapai
hidup yang gemilang.
Bangkitlah
Karya: Rejab F.I ( 1969 )
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang
Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!
Untuk Umat Manusia
Karya: Salmi Manja ( 1959 )
Kuinsafi sekarang seharum mana damai berbunga
bila api perang mulai semarak di hati dunia
kenyataan ini selalu memburu di hadapan kita
aduhai, dunia seperti bulan sabit dinihari - hiba!
Ada teriakan sengaja tak terdengar oleh hati
suka agaknya kalau dunia kemarau keamanan
dan sejauh mana lagi persenjataan digandai
kalau sekadar untuk nafsu memburu keangkuhan
Untuk hidup pada satu keamanan abadi
tiada tertunduk semua hati ini bumi
kehausan untuk menghirup udara murni
semakin hampir dirasakan di tengah kekacauan ini
Rasa terdedah segala arah ke neraka
ya nerakakah kecintaan umat manusia?
Ibadat
Karya: Sabar Bohari ( 1974 )
Kuserahkan penuh kerelaan
dengan wajah yang tenang
ibadatku-Tuhan
dalam rangkulan duniawi yang aneh
memutar haluan
di mana manusia tersungkur
membawa kesesatan
Kurasa diriku terlalu kecil
kurasa ibadatku terlalu nipis
betapa pun kuyakini
di mana kau satu-satunya
yang menjadikan
yang mematikan
Kau terimalah ibadatku
dari hati yang bersih
doa dan salamku
di subuh yang bening
di mana aku sujud
di bawah kudrat-Mu
Dalam kembaraanku ini
kupohon kasih sayang
limpah kurnia
usia yang panjang
rezeki yang murah
iman yang kukuh
Tuhanku,
kuserahkan ibadatku
atas timbang terima-Mu